Wednesday, January 12, 2011

Nikmat Cinta

Ya Allah..
Indah sungguh nikmatmu,
Nikmat cinta insan sesama insan,
Nikmat berkasih adam dan hawa,
Nikmat yang ingin dikecapi oleh semua insan...

Namun,
Mengapa nikmat ini membawa aku jauh dariMU,
Mengapa nikmat ini membuat aku alpa padaMu,
Mengapa nikmat ini menghanyutkan aku...

Airmataku mengalir kerana keperitan bercinta,
Airmataku mengalir kerana seksa merindu,
Airmataku mengalir kerana sakitnya ditinggalkan..

Bukan kerana tahajud di malam sunyiku,
Bukan kerana malunya melakukan munkar di bumiMU,
Bukan kerana insafnya memohon ampun dariMU..

Ya Rabb,
Cukuplah hidupku tanpa hidayahMU,
Cukuplah mindaku tanpa ingatan terhadapMU,
Cukuplah airmataku tanpa penyesalan dosaku..

Tariklah aku kembali ke jalanMU,
Bawalah aku menuju ke jannahMU,
Lindungi perjalanan hidupku dengan hidayahMU..

Aku ingin kembali padaMU,
Aku ingin menjadi pecintaMU yang Maha Pengasih,
Aku ingin merasa nikmat cintaMU yang Agung..

10.25 am
4 Safar 1432
Hotel Seri Malaysia,
Bagan Lalang.

No comments:

Post a Comment