Thursday, June 11, 2009

ORI vs AP HP

Original Set
-Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
-Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
-First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
-FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
-Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
-Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
-Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
-Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
-Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis. (Nokia Professional Centre, Sony

EricssonCertified Service Centres, etc)
-1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
-Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.
AP Set
-Maksud AP adalah Approval Products
-Selalunya di import di luar negeri dan dijual kepada pengguna
-Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax
dan lain-lain lagi.
-1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
-Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Mengenal pasti Original dan AP Set
-Keluarkan bateri telefon
-Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
-Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
-Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
-Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
-Untuk set original, nombor siri adalah sama.

2 comments:

  1. assalamualaikum nabilah~
    waa,info yg sgt berguna!
    bagus2 sbb inform kt semua org psl ni
    hehe

    ReplyDelete